Selasa, 2 November 2010

Hari Ini Appoinment Rehab

Hari ni Aisyah ada temujanji klinik rehab. Jadi Umi ambil Time-Off pagi. Seperti biasa pagi - pagi kejutkan budak 2 orang ni bangun dan mandi. Masa bersiap pakai baju, Asna pelik kenapa kakak tak pakai baju sekolah. Dia tanya, "kakak nak g mana ?", Umi dengan jujur dan terlupa insiden sebulan lepas menjawab, "kakak hari ni tak sekolah, dia nak jumpa doktor". "Nak ikut kakak jumpa doktor" kata Asna. Dalam hati umi, alamak habis kami. Teringat insiden bulan lepas, gara - gara Asna terkurung dalam kereta, kakak terlepas temujanji terapi pertuturan, macam mana nak jawab ni. "hmm Asna tak payah ikutlah, nanti terkunci lagi dalam kereta macam hari tu", kata Umi. "uwaaaa, nak ikut kakak jumpa doktor", tangis Asna berkali - kali.

Habislah Umi camne nak pujuk budak sorang ni.
Umi - "Tak boleh, nanti terkunci susah, ayah jauh, tak blh tolong. Lagipun hari ni Asna minum susu coklat kat sekolah kan, hmm best, na gi sekolah ye"


Asna - "tak nak, nak ikut kakak jumpa doktor"

Umi - "ok, ok, tengok cuaca ni dulu, kalau hujan ni berhenti, boleh ikut."

Asna diam, tengok kat tingkap. Umipun siap - siap, goreng karipap untuk bekal, air, bla..bla..bla...Asna cakap " Umi, hujan dah berenti"..hohoho, susah + seronok jugak conversation dengan anak yang sorang ni.

"hmmm tak bolehlah sayang umi. doktor hari ni bukan doktor yang Asna pegi tu, tu doktor exercise, ada mainan. doktor ni takde mainan, dia nak inject kaki kakak (umi tipu, hehehe) bagi kakak boleh jalan. Kakak kena jumpa 4 doktor. doktor lain - lain tu sume garang. Nanti bila jumpa doktor exercise, ada mainan tu, Umi bawak Asna ye"..Asna diam (barulah terima alasan umi agaknya). hmm lega dan bahagia lihat 2 orang ni membesar.


kakak tak mau kena tinggal, datang sendiri dari depan tv, konon nak pakai kasut sendiri lah tu..hee macam - macam korang ni tau..

3 comments:

mamasoffy berkata...

Hmm..pandainya Asna ngan Aisyah nih....Memang kalau dgn budak2 ni kena berfikir lebih cepat daripada dia untuk bagi alasan kan...

ieda berkata...

ohoo...dengar kena injek langsung tak jadi ikut...

nuyin2u berkata...

mamasoffy - betul tu, kadang uminya terkial - kial gak cari jawapan

ieda - yelah dengar je enjek takut. tapi bila tanya nak jadi apa, jawabnya nak jadi doktor pakar..heee masih blm reti lg..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails