Ahad, 28 November 2010

Kesan Dohsahou

Entri tentang kursus dohsahou sebelum ni banyak bercerita pasal kerenah Asna saja. Kali ni nak tulis kesan Aisyah berkursus pula.
Tu dia bila kena rangsang dek Pn. Sutiah, menjerit - jerit nangis tak suka. Pn. Sutiah sedang cuba mengawal kepala Aisyah sambil menarik bahunya ke belakang untuk dapatkan posisi duduk yang stabil dan tegak.
Tengok, bila cikgu PDKnya yang buat, takde menangispun, relak je.
Lihat, bila kena tekniknya, Aisyah boleh duduk sendiri, lama. Rupanya Umi tak perasan pun untuk posisi duduk ni, cikgunya beritahu, duduk Aisyah akan lebih stabil bila kaki kanannya diluar. Sebelum ni Umi tak pernah kisahpun kiri ke kanan. Selepas ni, Umi perlu lebih teliti.

Umi dapat tahu dari cikgu Aisyah, dohsahou ni agak aktif di Negeri Sembilan dan Trengganu. Tak habis disini, ibu - ibu digalakkan datang bersama cikgu dan anak ke Taman Sinar Harapan Seremban setiap Rabu dan Jumaat untuk latihan lanjut. Seingat Umi, baru 3 kali kita pergi. hmmm. Untuk anak - anak luar Negeri Sembilan pun, kalau berminat boleh datang juga ke situ, tapi kena maklum awal lah agaknya. Ini no. telefonnya - 06-7632475.

7 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

salam kak...
seronoknya aisyah dah pandai duduk yer...hehe, cute je dia duduk. tahniah kak atas usaha akak utk aisyah.

kak, pasal kek yg fiza buat tu, fiza mmg pakai susu pekat sikit...tak banyak pun. kalau nak gantikan dgn susu cair, fiza tak tahu la pulak, tak pernah cuba. lagi pun, kek ni mmg kurang manis, betul2 ikut citarasa tekak fiza hehe...

Yasmin Nabilah.. berkata...

hurm..untuk Nabila ina rasa mungkin sesuai kot kak..

akak boleh ajar tak cara dia mcmana? sebab Nabila mmg menunduk bila duduk..nampak membongkok.

Tanpa Nama berkata...

sesuatu yang asal nya satu...akan bercambah menjadi lebih...pabila sesuatu itu dikongsi kan...yang bermanafaat itu jua akan memberi kan manafaat pada tiap lain yang memerlukan...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah....

Wallahu'alam....

mummysyafie berkata...

dear, tumpang gembira dengan perubahan aisya. pandak lak aisya memilih yer..cikgu nya pegang baru tak nanges..

nuyin2u berkata...

fiza - ecah duduk, masih perlukan sokongan. kek tu, ingat ahad lps nak try, blm berkesempatan lg.

ina - akk pun tau sikit2 je, kursus tu lbh fokus ajar cikgu pdk.insyaallah klu ada kertas tutorial dia, akk upload ye.

tanpa nama - tkasih.

mummy - ecah mmg camtu, klu pegang susu pun, time dia nak umi yang pegang, umi jugak. klu ayah yg pegang, mulala nangis. doktor ckp, sosial dia ok...hehe

ida berkata...

bgslah terapi ni kak..
saya nak suggest kat kebajikan melaka lah kalau mcmni..saya sedih pdk kat melaka ni.byk yg kurang..nak anta anak pun pikir 1o kali..

nuyin2u berkata...

ida,

cubala bawa ke taman sinar harapan seremban..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails