Isnin, 15 November 2010

Lagi Cerita Di Kursus

Ini dia 2 orang cikgu PDK Aisyah, Cikgu Maya dan Cikgu Yati. Sangat berterima kasih pada kedua - dua mereka dan kesemua cikgu - cikgu dalam kursus ni kerana berkorban demi anak - anak ini. Jasamu Dikenang.. Masa ni, baru nak mulakan sesi petang, dimulakan dengan senaman dulu untuk ambil mood anak - anak.
Play Theraphy - sesi khamis petang. Aisyah main bowling, Umi tolong tapi satu pun tak kena..hehehe, apalah umi ni, tapi masa giliran umi, dapat jugaklah 14 markah, dan kumpulan Aisyah, menang...Yeah...Tahniah Supervisor sutiah yang mantap..
Yang ini pula, Art Theraphy sesi ibu bapa. Lepas ni bolehlah umi layan Aisyah dan Asna pula buat. Untuk latih pernafasan aisyah. Pakai warna air, titik - titikkan atas kertas lukisan, lepastu hembus. Mesti seronok, kan. Masa kecil - kecil dulu macam pernah buat, tapi masa tu tak tau apa kegunaannya, ingatkan suka - suka aje, rupanya ada tujuannya.

Ini pula, lukisan rama - rama. Masa cikgu bagi penerangan, tak dengar, sudahnya tak tau apa tujuannya, buat ajelah.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

asna pun exercise ke....bkn main dia meronda......

nuyin2u berkata...

Tanpa nama - asna, dia exercise sendiri, satu hall tu dia pusing, main dengan anak - anak normal lain yang hadir.

mummysyafie berkata...

mesti aisyah seronok jumpa kawan² and cikgu² kat sesi latihan tu.

a'aa..lukisan tu kiter pernah buat masa kecik dulu kan. tapi tak taw la apa faedah nya dulu2..ingatkan suka suki je

nuyin2u berkata...

mummysyafie - betultu, dah jadi mak pak, baru tau..hehe

Tanpa Nama berkata...

sama ada ianya terisi atau pun sebaliknya....masa tetap akan meninggalkan...dan pada waktu ini...alhamdulillah...masa terisi dengan sebegitu baik sekali buat seorang permata hati...oleh mereka yang sangat menyayangi...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah..

Wallahu'alam..

nuyin2u berkata...

tanpa nama - permata - permata ini, mmg akan sentiasa disayangi, insyaallah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails