Selasa, 30 November 2010

Menu Hujung Minggu

Menu ini Cik Abang suruh upload, sebab dia yang masak. (Heh heh heh, jangan marah ye Cik Abang). Mungkin biasa dimata orang lain, tapi sangat menyelerakan bagi kami. Sayur sawi pendek celur, ikan bilis tempoyak dan ikan kembong bakar. Sebenarnya apa -apa pun lauk, hasil dari air tangan dirumah, sangat menyelerakan kerana ianya dimasak dengan penuh kasih sayang. Ikan goreng cicah sambal kicap sajapun sedap, sampai bertambah nasi,hehe.

Itulah aktiviti kami ahad baru ni, setelah selesai minggu - minggu kursus, raya dan demam, minggu ni berehat dirumah menyelenggara apa yang patut. Bila ayah memasak, umi mengerjakan bilik air, kemas atas, kerjakan kain, laci - laci dapur yang banyak bubuk kayu, begitulah adat suami isteri bekerja, tiada pembantu rumah, semuanya kena tolong menolong, kalau tak, alamat adala yang terabai.

11 comments:

mamasoffy berkata...

bagus ya ummi..ada orang tolong..saya? hu hu..tolong diri sendiri lah..nak tak nak kena ambik bibik dtg hari minggu..x pelah..asalkan bahagia...

Tanpa Nama berkata...

dalam lengkap melengkapi...kan hadir nya bahagia pabila saling memberi dan menerima...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

nuyin2u berkata...

mamasoffy - takpe, ada juga bibik dtg hujung minggu, pernah juga ambil yg hujung minggu ni, tp jauh, kat Seremban 2. nak gak tau info pasal bibik mamasoffy tu blh ?

tanpa nama - ketentuan Allah Rahsia Allah itu sgt dalam maknanya buat saya(ada 1 perkara yg bermain diminda)..

mummysyafie berkata...

patut la cik abang beriya² suruh upload..hasil tangan dier rupanya

nuyin2u berkata...

mummysyafie - tu la pasal ;)

mamasoffy berkata...

JMY, ni no endang..indonesian woman yang saya selalu panggil. So far saya puas hati, pasal bayaran pun dia x kisah...0122637685. Last time dia duduk kat Jiboi..sekarang x sure. tapi dia ni pembantu kantin kat kilang hubby kerja. Ada waktunya dia dtg sendiri, dan kalau x dpt bas kengkadang dia mintak tolong ambik..

mekchu berkata...

bertuah nya... ikan itu amat menyelerakan..

nuyin2u berkata...

mamasoffy - tkasih banyak2 ye..

mekchu - ikan ? selera ? haah, sebab 2 lagi lauk tu gelap kan..hehe

Tanpa Nama berkata...

bertuahnye bdn..klau sy dpt somi cam ni kan sronok..tp kne jg2 org lelaki mcmna baik pun xleh percaya 100%..

nuyin2u berkata...

tanpa nama - betultu, xleh percaya hehe

~ yus ~ berkata...

Memang nampak menyelerakan dan sedap. Lebih2 lagi cik abang yang masak kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails