Ahad, 5 Disember 2010

Hadiah Tahun Ke 3

Aktivit ronda - ronda petang Asna dan Aisyah sebelum ini, mesti menggunakan 2 kenderaan diatas. Basikal dolphin Aisyah tu, memang Asna tak dapat naiklah kan, kakak akan menangis nak naik yang itu sebab ada pemegang untuk dia seimbangkan badan. Jadi Asna naik jip merah, tolak dengan kaki. Bila dah penat, jip pun tinggal, jalan kaki sahaja.
Jadi, sempena ulang tahun ke 3 Asna, ayah dan umi bersetuju untuk belikan basikal baru. Pandai mengayat bila dah dapat, "time kasih umi, time kasih ayah, sebab belikan ashna besikal". Seronok sangat tapi belum pandai kayuh. Dah seminggu basikal tu kat dalam rumah untuk latih mengayuh. Minggu ni konon nak beraksi di luar, tapi gerimis sepanjang hari, tak nampak mataharipun. Dapat main kat luar, bawah bumbungpun jadilah. Harapnya bila ramai budak - budak kat luar esok - esok, terujalah Asna untuk mengayuh.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

pabila kasih dan sayang menyatu...dalam memberi dan menerima....tiada yang terzahir selain kebahagiaan....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

wallahu'alam...

Kerikil Kehidupan berkata...

Wah...tahniah asna..happy besday...cepatnya balik dari tanah tinggi...

mummysyafie berkata...

happy birthdah asna..syok je aisya naik basikal dolphin tu. mesti dier seronok kan

Azma berkata...

hepi besday asna, best dapat besikal baru ye... :)

nuyin2u berkata...

besdey nya blm tiba lagi, 19hb nnt, tp hadiah dah dpt dulu hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails