Selasa, 21 Disember 2010

Kerana Kasih Hamba Turutkan

19hb Disember 2010, Nurin Asna genap berumur 3 tahun. Selamat hari lahir sayang umi.
Kek comel, KFC dan Minnie Mouse besar hadiah dari Pak Ngah sekeluarga. Terima kasih semua, buat susah - susah aja. Kalau tak disebabkan bengkel umi di Penang tu, hujung minggu birthday ni tak rancangpun nak sambut di Puchong, sebab Ahad, ada jemputan kahwin di Senawang. Tapi dah rezeki Asna agaknya.
Tahun ke 3 ni memang umi rancang untuk raikan Asna bersama kawan - kawannya di Taska.

Kek Happy Birthday To You perisa coklat, memang kegemarannya. Nak yang ada gambar Minnie Mouse, pun permintaannya. Seminggu sebelum, umi dah tanya di kedai kek King's, on the spot punya kek nak ada gambar kartun, tak ada, kena tempah awal, tapi di King's Kek, tiada pula gambar Minnie, kena bawa sendiri. Kedai kedua, Bakers Cottage, baru ada gambar Minnie, terus sahaja umi tempah. Umi bayangkan dia print yang macam 'style' sekarang tu, tapi rupanya handmade, ok juga, comel.
Disebabkan 19hb tu jatuh hari Ahad, Umi dah ambil cuti hari Isnin, 20hb, rancang dengan Mummy Sofia untuk sambutan di Taska. Kasihan juga mummy, pukul 2pagi baru sampai dari Perak. Rancangan awal nak buat jam 9.30, bertukar ke 4.30, akhirnya buat jam 11 pagi untuk keselesaan mummy dan umi. Sambutan yang telah dirancang kena diteruskan walaupun umi kena sakit mata dan ayah demam panas. (tu pasal umi berkaca mata ala-ala kumbang, kerana kasih, umi dan ayah turutkan, walaupun Asna diusia ini tak pernah meminta untuk semua ini, tapi umi dan ayah nak dia gembira. selalu dia makan kek kawan, hari ni kawan - kawan makan kek dia)

Ok, dah selamat nyanyi 'Happy Birthday', kita potong kek...
Sesuap kek untuk mu, cintaku...semoga kau ingat kasih sayang ini bukan paksaan nak, ia adalah talian ibu dan anak..
Tak lupa jajan untuk kawan - kawan, umi tempah popcorn dari PDK Aisyah, sambil memberi, sambil membantu tingkatkan ekonomi PDK, cayok...
Kawan - kawan makan bersuap oleh cikgu - cikgu yang ceria. Terima Kasih semua. Setelah selesai, kami ke Klinik, 2 hari MC untuk umi dan 2 hari MC untuk Ayah. Tak kemanalah rancangan umi yang pada asalnya nak ke Wet World Pedas, hmmmm. Duduk rumah lorrrrr...

8 comments:

ME berkata...

happy birthday nurin .. semoga membesar menjadi anak yg solehah ..

ieda berkata...

happy birthday asna...jadi anak & adik yg baik yer..

Bicara hati ibu aisya berkata...

Hapy belated birthday asna.Semoga jadi anak yang solehah dan jadi adik yang boleh jaga kakak dengan baik ye sayang.

mamasoffy berkata...

Happy belated birthday asna..bila tanya amsyar sapa punya birthday ni? Dia kata birthday teacher..ha ha..Dia bawak balik popcorn ummi asna bagi rupanya..Ok, tunggu pulak birthday amsyar februari depan..amsyar bawak kek ultraman pulak ya..hi hi...

mummysyafie berkata...

happy birthday Asna..semoga jadi anak yang solehah..

insan kerdil berkata...

buat Nurin Asna....
Asna sweeeet sgt....esp masa disuap tu...Asna nampak ayuuuu..;)
dan ingat ye kata2 umi...."...ia adalah talian ibu dan anak..."

buat umi...
semoga sentiasa dalam lindungan-Nya....dipermudahkan segala urusan dunia akhirat....dalam menuju keredhaan Allah...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

nuyin2u berkata...

Terima kasih semua ye..tak sudah2 birthday budak sorang ni kan

nuyin2u berkata...

mamasoffy - dah kenal dah amsyar yg mana. mummy pia kata kawan baik asna, taqif n amsyar. suka berultroman. hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails