Isnin, 27 Disember 2010

Serabut

Tetiba teringat kisah 5 tahun lepas. 1hb Sept 2005, tarikh dimana umi perlu melaporkan diri ke agensi awam ini. Tetapi tarikh itu juga mengubah seluruh kehidupan kami. Tarikh itu suami terlantar di CCU, HKL. Jumaat petang, seluruh CCU cemas. Jantung suami berhenti.  Masih tidak sedarkan diri. Waktu itu, air mata ini tidak kenal erti malu lagi. Pada semua yang datang, air mata ini mengalir tanpa henti. Nurse datang, "Sabar dik, banyakkan baca yasin. Suami adik sedang kritikal." Ya Allah....aku belum bersedia untuk hidup tanpa suami..Beberapa minit kemudian, dia dapat diselamatkan dengan kedua belah bahagian paru - parunya ditebuk, mengeluarkan udara dan air yang menghimpit jantungnya.

Sabtu, Ahad, Isnin. Suami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pula. Keadaannya sama, masih tidak sedarkan diri. Sebagai seorang pengajar, pelawat datang tidak henti, dua buah bas anak muridnya datang dari Rembau. Pesakit katil No. 12 itu, orang besar - besarkah ? Tidak, dia hanya manusia biasa - biasa saja. Tambahan dengan penyewa rumah bapa mertua, pelajar - pelajar UIA, kulit putih dan kulit hitam. Setiap yang datang tidak putus menadah tangan kepadamu ya Allah. Selasa, Rabu, Khamis. Doktor datang memberitahu, esok suami kamu akan ditebuk lubang dilehernya untuk saluran pernafasan kerana oksigen dari mulut tidak boleh lama - lama, akan mengundang jangkitan lain. Terkesima. Mohon Asmawi (rakan baik suami di Rembau), solat hajat dari anak muridnya, Abang di Puchong, Abah di Gombak. Terima kasih semua, berkat doa kalian, suami, setelah seminggu, membukakan matanya pada malam jumaat itu.Abang, abang kenal ni ? angguk.

Kenapa tiba - tiba teringat kisah lalu ? Untuk mengulanginya kali kedua, adakah umi sanggup? Januari ini, harap ianya tidak segetir 5 tahun sudah.

9 comments:

Kerikil Kehidupan berkata...

Napa nuyin...suami ada masalah lg ker...Harap segalanya dipermudahkan....aisyah dan asna apa kbr....

ieda berkata...

salam..moga 2011 membawa sinar kebahagiaan untuk semua..amin..

Azma berkata...

memang itu semua kenangan, tp cukup mendebarkan.. smg ianya hanya kekal sebagai kenangan shj, tiada lagi ulangannya

insan kerdil berkata...

kenangan itu bisa 'menghidupkan'....juga bisa 'membunuh'.....

dugaan yang datang dan pergi...umpama putaran yang sentiasa ada 'aliran' nya....

pabila berbicara tentang hati...tentang perasaan.....umpama bayangan mimpi yang tak sudah....

dalam keterbatasan....serta kelemahan sebagai hamba...menadah tangan memohon pada-Nya..agar sentiasa dipermudahkan urusan dunia akhirat....oleh yang Maha Penyayang...Maha Mengetahui....Maha Mengasihani...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mamajenn berkata...

Salam kak nuyin. Sy kagum dgn ketabahan akak dalam meneruskan kehidupan sbg isteri n ibu. Semoga tuhan sentiasa memberi rahmat dan kasih syg-Nya utk segala pengorbanan dan ketabahan akak. Insya-Allah.

kak, saya perlukan sedikit maklumat berkenaan rawatan di gombak yang akak buat utk anak akak. Mohon email saya di qashima@yahoo.com. Urgent sgt..T_T

Tk byk2.

nuyin2u berkata...

terima kasih semua kerana meniupkan semangat saya. bila pendam sorang2, paham2 je lah, air matalah peneman setia, heee

Tanpa Nama berkata...

allah tidak menduga hambanye yg lemah..dugaan itu untuk hambanya yg benar2 layak...smg tabah hadapi ujian darinya...semua ade hikmah di sebaliknya...

Bicara hati ibu aisya berkata...

Lama xjenguk blog nuyin2u.harinih ambil peluang rewind balik mana yang ketinggalan.
Entry ni buat saya sebak dan bergenang airmata.Sungguh kuat semangat seorang isteri bila dirinya diuji.Semoga kenangan itu hanya tinggal kenangan.Tidak perlu lg diulang.Moga terus tabah dan kuat sahabatku.

nuyin2u berkata...

Terima Kasih ibu aisya, alhamdulillah serabut tu dah lepas, ni tinggal serabut keje opis pulak hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails