Rabu, 22 Disember 2010

Tufah - Butik Tudung Baru Di Senawang

Jalan CocoDrive 2, Taman Bandar Senawang 

Semalam, hari MC kedua, ada beberapa bayaran perlu dibuat, maka pagi - pagi bersiaplah macam nak pergi kerja, hantar Asna dan Aisyah ke Sekolah masing - masing. ( Kalau umi pakai baju bersantai, nanti Asna taknak pergi sekolah). Selepas hantar mereka, umi menuju ke BSN, kemudian ke Giant (cakap kat ayah beli sabun je, balik banyak pulak bawa benda lain, hehe). Lokasi ketiga ke Pejabat Park Properties, lama sudah tak bayar duit 'maintenance'. Sambil tunggu ayah, janji nak makan tengah hari sama, umi jalanlah sepanjang jalan CocoDrive 2 tu. Ada satu kedai yang menarik perhatian, orang perempuanlah katakan...

Nama kedai, Butik Tufah ( Papan tandapun belum ada, pakai kain rentang saja, dalam proses tempahan agaknya). Baru dibuka pada 1hb Disember 2010. Kepelbagaian tudung nampak menarik. Jenis awning, lebih kurang macam pearl haya, boleh lipat masuk kotak, senang di bawa kemana - mana. Harga, dalam julat RM50 - RM80. Ada tudung kanak - kanak lebih kurang RM20++. Ada baju muslimah juga, hmmm menarik, lain kali boleh beli.

Oh, ada jual secara online juga www.galeritufah.com , butik pertamanya di Putrajaya. Bagus, semoga entri ini membantu penggemar - penggemar tudung di Negeri Sembilan. (Jangan pakai tudung yang macam bonggol unta tu ye, Allah dah larang dalam Al-Quran)

5 comments:

mamasoffy berkata...

Saya x clear la kat mana dia butik tuffah tu?

umeboshi berkata...

wahh..jenama butik tudung yg baru eh? ehheh.. org zaman skrg mmg ramai yg pakai tudung ala2 bonggol unta tu kan. buruks je nengok nye... ciknoora tegur dlm hati je le.. uhuk!

Azma berkata...

hmm..harga boleh tahan.. kat sini ada yg sampai rm300. Pastu buat less berpuluh % dapat dlm rm190-200. Saya tgk je la..nak beli, idok le..hehe.. boleh beli baju kurung 2-3 pasang tu..

mummysyafie berkata...

ada butik kat putrajaya ke yang? kat mane erkk? naper tak taw ada butik tudung kat sini..harus terjah ni

nuyin2u berkata...

mamasoffy - kedai ni kat dalam taman badar senawang, dekat dengan hospital sukhilmi

mummysyafie - klu ikut alamat kat web dia ni, kat percint 11

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails