Khamis, 20 Januari 2011

30 Hari Tanpa Rokok

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana suami tercinta berjaya merealisasikan niat yang murni iaitu berhenti merokok. Tahniah ayah.
Gambar : Ihsan En. Google
Bermula dari tarikh lahir Asna yang ke 3 , 19 Disember 2010 tempoh hari, Ayah memasang azam untuk berhenti merokok. Umi sangat - sangatlah bersyukur kerana tabiat yang satu ini sejak dari awal perkahwinan, umi dah minta berhenti. Tetapi amat liat rupanya. Acap kali juga hal yang satu ini mengundang cetusan amarah antara kami. Tahun demi tahun, dah tak tahanlah nak bergaduh pasal ni je, lama - lama umi diam, membenci di dalam hati, mengomel sendiri, memuncungkan muka tiap kali menghidu tanda - tanda rokok telah diambil, lantaran nasihat emak "kalau dah tang lain dia ok, yang satu ni, biarkan lah", akhirnya umi hanya berdoa pada Allah agar satu hari nanti hatinya terbuka untuk berhenti.

Terima kasih jugalah atas pemberian rokok elektrik yang abang kandung belikan di China, menjadi permulaan untuk ayah berhijrah. Ayah tipukah untuk cita - citanya yang satu ini ? tidak, umi percaya ayah tak tipu. Umi tulis entri ni untuk ucapkan tahniah untuk ayah dan memberi semangat agar berjaya sampai ke 360 hari tanpa rokok dan seterusnya untuk selama - lamanya. Pengalaman di ICU, melihat seorang isteri menghadapi kematian suami angkara rokok, amat menghibakan.

7 comments:

insan kerdil berkata...

kasih dan sayang itu adalah anugerah daripada Ilahi....untuk dipelihara....dan sentiasa berkeadaan terpelihara...

pabila matlamat serta kaedah nya jelas....tiada yang diharapkan selain dipermudahkan segala urusan dunia akhirat....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

ieda berkata...

2 minggu pertama adalah masa yg sukar..selepas tu it should be okay...cuma jgnlah hendaknya dia melayan cakap kawan2 yg merokok.

Min Aina Ila Aina berkata...

Tahniah, untuk kedua-dua suami dan isteri.

Saya ni taktaula nak pujuk macam mana lagi, suami perokok tegar. Skrg dah suspek sakit jantung tapi dia masih berdegil dgn alasan doktor tak suruh berenti pun? Adoii.

Rokok elektrik tu mahal tak regenya kalau di Malaysia.

nuyin2u berkata...

terima kasih pada Insan kerdil, yg kata-katanya BESAR, hehe

kak ieda, betultu, kawan2 pengaruh utama, harap suami tekad kali ni.

Min Aina - di Malaysia, hari tu huby ckp rm300, tp rasanya dah byk jual, mgkin turun dah regenya..

mekchu berkata...

tertarik la ngan entri nih... pe benda rokok elektrik tu? cari balik entry lepas tp tak jumpa exp pengalaman kat ICU tu.. susah sgt nak suruh laki mekchu tu brenti rokok.. mebbe boleh details kan lagi...

umeboshi berkata...

tahniah cikgu li dan puan ju. ehhehe.. semoga terus kuat semangat utk NO SMOKING for the whole life now onwards!!!

nuyin2u berkata...

mekchu - nanti eh, rajin nnt kita tulis pasal rokok tu

ume - thank you..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails