Rabu, 26 Januari 2011

Makan Stemboat Di MAEPS

Sabtu, 15hb Januari, setelah seminggu di Wad, 10 pagi, ayah SMS, "Yahoo boleh discaj hari ni". Umi dengan gembiranya siapkan budak - budak, siapkan diri sendiri, "tata anak - anak, tak payah ikutlah, umi pergi jemput ayah", nasi untuk tengah hari pun tak bawa, nak belanja ayah bubur MacD lah. Sampai di wad, terkejut, "Tak siap lagi ke", muka ayah monyok, hari ni, sorang saja doktor nak urus satu wad. Sudahnya pukul 5.30 baru dapat keluar. Kesimpulan kami, falsafah doktor di sini,mengutamakan yang sakit, yang nak discaj tu, diuji supaya bersabar, hehe.

Sampai rumah Puchong dalam jam 6 lebih, semua orang dah ada kat rumah, semua menunggu kepulangan Paksu. Oleh sebab Paksu dah keluar, Pak Ngah belanja makan Steamboat di Restoran MAEPS di MARDI, Serdang. Hai, sedaplah orang - orang yang sihat ni makan, orang yang sakit, rasa sikit je pun dah gatal, tapi orang belanja, diam - diam, sudah. Paksu pun makanlah yang lain - lain, yang tak seafood tu.

Dewasa RM19.90, kanak - kanak RM9.90. Lain - lain menupun ada, nasi, mee goreng, kuey teow, aiskrim, kuih muih dan macam - macam lagi. Terima Kasih Pak Ngah.

5 comments:

umeboshi berkata...

cikgu li..moga terus sihat ceria ye. anak2 dan puan ju juga..take care!!

nuyin2u berkata...

ok cik ume, u take care too..

Cik Jue berkata...

rupanye banyak cik ju tertinggal kisah nurin,mama n family...
moga ayah cepat sembuh ye...

Cik Jue berkata...

alamak salah nama pulak aisyah lah...

nuyin2u berkata...

nurin ke aisyah ke sama je, namanya nurin aisyah, sorang lagi nurin asna..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails