Isnin, 24 Januari 2011

Nasi Ayam Penyet Di Seremban

Sudah agak lapuk gambar - gambar ini tersimpan. Ini jalan - jalan makan - makan kami di Seremban hujung tahun 2010.  Tempat, diperkenalkan oleh rakan pejabat, Cik Intan - time kasih ye Intan Payung.

Lokasi di Seremban Jaya, Kalau dari exit tol senawang, sebelum stesen minyak shell tu ada simpang, masuk simpang itulah, terus, agak jauh juga dari simpang, lepas sekolah, lepas petronas, beberapa traffic light, deretan rumah kedai, belah kanan, hmm situlah letaknya 'Fizza Cafe'.


 Ayam Penyet ni rupanya ayam goreng rempah je kan, hehe, tapi agak istimewa resepinya direbus dengan air kelapa dulu sebelum di perap (ayah yang terangkan setelah khatam majalah Rasa, di Wad yang lalu).

Nasi Ayam Penyet/k - RM8.00 - besar pinggannya, macam dulang. boleh makan untuk 2 orang dewasa yang tak berapa banyak makan.
Nasi Goreng Ayam Penyet/k - pun besar juga.
Tapi satu je sambal belacan dia tu teramat pedas, kami takleh nak makan, tak taulah mungkin orang nogori ni memang suka yang macam tu. Ayah kata berbaloi, mungkin boleh pergi lagi atau lepas ni, ayah cuba resepi tu di rumah, lagi menarik, hehehe. Kenapa mesti ayah, bukan umi..hahahah..
Asna - Ayah cakap macam student U.
Aisyahpun nak juga bertudung, marah pula tu bila di bukakan.

5 comments:

AYuNG berkata...

perghhh...sedap tuh..:)
nmpak byak sangat & bebaloi2..

mummysyafie berkata...

cantik asna n aisya bertudung. saya dah serik makan ayam penyet ni. pernah makan sekali je..pastu terus sakit peyut

mamasoffy berkata...

Ha'ah..ok gak nasi tu..kami pernah tempah untuk buat jamuan di ofis..suka tengok gambar anak dara dua orang tu..

Teringat satu petang masa nak ambik amsyar..tetiba asna dah ambik beg..dia ingat ummi kot..hi hi..ke nak ikut mama amsyar balik rumah? jom..main sesama...

mekchu berkata...

alaa.. direction mcm tu konpem tak jumpa... nmpk ayam penyet tu menyelerakan.. kena try nih...

nuyin2u berkata...

ayung - haah, berbaloilah jugak
mummysyafie - sian dia, klu sypun gaknya serik, hehe

mamasoffy - apa blog mamasoffy, nak gak kenal mamasofy punya cite n anak2, hehe

mekchu - haha , senyum sorang2 baca komen mekchu pasal direction tu, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails