Selasa, 11 Januari 2011

Whats Up! Apa Cerita ?

8 hari tak update blog, lama betul. Macam mana nak jadi blogger tegar ni. Macam - macam, habis kerja - kerja akhir tahun tempoh hari, sibuk pula dengan laporan SKT dan persediaan mesyuarat penting. Lepas tu, minggu kedua Januari ni seperti yang dirancang 2 - 3 minggu sebelum, cuti 1 minggu untuk jaga suami, buat 'Total parathyroidectomy'. Kenapa kena cuti lama ? Sebab lokasi dan keutamaan. Walau kerja menggunung sekalipun, keutamaan adalah untuk keluarga. Di pejabat, andai kata mati atau berhenti, beribu boleh jadi pengganti, tapi, andai hilang ahli keluarga, tiada gantinya. Alhamdulillah dapat bos dan rakan - rakan pejabat yang memahami. Dan Alhamdulillah baru je selesai. Dek kerana saki baki bius yang masih ada, dia masih nyenyak beradu.

Walaupun cuti, banyak kerja personal nak kena buat ni. Nak update blog, bahan dah banyak juga. Tapi pada masa yang sama lebih tertumpu nak study penjagaan selepas Total parathyroidectomy ni. 2 jam sekali darah akan diambil untuk memantau kandungan kalsium dalam darahnya. Jika turun mendadak, akan ada komplikasi pada jantung. Jadi perlu pantau samada berlaku kebas - kebas atau tidak. 2 hari tak boleh makan.


Ini kali pertama pengalaman mendapatkan rawatan di HUKM. Bila dibandingkan dengan HKL dan HTJ, H ini lebih islamik. Seronok, doktor pakarnya baik - baik belaka. Jururawatnya pun tiada yang garang - garang. Setiap wad di rak bukunya mesti terdapat terjemahan Al-Quran. Putaran lagunya, sekitar nasyid - nasyid. Rasa tenang pula walaupun bukan di wad kelas pertama atau kedua dan walaupun pesakit - pesakitnya banyak berketurunan cina. Macam - macam ragam pesakit. Di dinding - dinding wad tak lekang dengan kata - kata peniup semangat dan dakwah islamiah. Antaranya :-

"Berusaha dalam hidup itu, diwajibkan dalam setiap agama"
"Jika anda hilang segalanya - galanya, jangan lupa anda masih ada masa depan"
"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai kemana - mana"
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"

Dan yang paling saya ingat, "Orang yang sihat memikirkan wangnya, orang yang sakit memikirkan nyawanya". Nah....benar sekali dan kala ini kami tergolong dalam orang - orang yang memikirkan nyawanya berbanding wangnya walaupun wangnya sangat - sangatlah penting untuk nyawanya juga.

*Gambar orang sakit tak boleh ambil, nanti kena debik. Hari ni patut ada fisioterapi Aisyah, kenalah tunda, tapi belum telefon.

4 comments:

Azma berkata...

sori ye..nak tanya.. nape kena buang hubby punya thyroid tu ye? Hopefully hubby cepat sembuh.

maszmadi berkata...

salam kenal, sungguh mencabar hidup ini kan..... semoga tabah di hari mendatang untuk orang tersayang..

mamasoffy berkata...

Semoga hubby cepat sembuh..Moga dipermudahkan segala2nya...

nuyin2u berkata...

azma - problem hubby 'renal hyperparathyrodisme', so ke buang parathyrod supaya tidak lebih membahayakan tulang2 dia yg blh membawa kpd lumpuh.

alhamdulillah, moga dipermudahkan semuanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails