Isnin, 7 Februari 2011

Aisyah Yang Semakin Cerdik

Sejak dah boleh duduk bila umi dudukkan ni, Aisyah dah pandai minta nak makan posisi mana yang dia suka. Adakala dia minta nak makan dengan duduk bersila. Bila dah penat, dia minta nak duduk di kerusi dia ataupun jika dah tak larat sangat, dia mengerengkan badannya untuk baring. Aisyah pandai kan ? hehe

Bahasa yang dia gunakan untuk minta semua tu? hanya umi dan keluarga je yang paham. Kadang dia tunjuk apa yang dia nak, takpun menangis, merengek selagi tak kena dengan kemahuannya. Tapi, bersepahnya tak ingat, kenalah lapik surat khabar dulu, kalau tidak, hmmm, tak tau nak cakap..
Mee goreng, antara menu kegemaran Aisyah.  Tengok orang lain makan sendiri, diapun teringin juga. 10 kali dia suap, yang masuk 5 je, bolehlah. Kalau Umi nak umah sentiasa bersih je atau umi malas mengemas, nanti Aisyah tak boleh buat apa - apa pula. Aisyah juga yang susah, hehe, jadi..buatlah apa saja nak oi selagi dalam pengawasan umi...

Berposing pun pandai juga.. Inilah senyuman manisnya depan kamera, yang mencairkan hati umi, bila dah mee goreng tu bukan habis masuk perut, tapi penuh dilantai... Boleh umi marah ? Tak boleh, Rasulullah pesan, Jangan Marah. Sabarlah, asalkan Aisyah semakin cerdik, itu sudah cukup baik.

3 comments:

Bicara hati ibu aisya berkata...

Wahh..dah semakin bijak ye aisyah.Comel jer tengok dia duduk bersila tuh.Teruskan lagi penerokaan ye sayang.Moga aisyah terus sihat dan bijak.

ieda berkata...

amboi...pandai ja senyum kat kamera...comel..

insan kerdil berkata...

jernih lirikan matanya...menambah seri senyum yang terukir....mengundang damai pada mata yang memandang....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails