Selasa, 8 Februari 2011

Mak @ 67

7 Feb 2011, Allhamdulillah Allah masih memberi kami peluang untuk menyambut hari kelahiran mak kami yang ke 67, bersama - samanya. Rancangan asal, sambutan akan diadakan di Gombak, tapi takde rezeki di Gombak, kami sambut di Puchong saja, pada Ahad petang, 6 Feb.
Mak tak tahupun kami nak singgah Puchong. Senyap - senyap rancang dengan kakak ipar dan anak buah. Umi dengan penuh yakin minta ayah beli kek aiskrim kat kedai King di Giant Bandar Puteri Puchong. Ayah masuk kereta bawa bunga saje, keknya tiada, bengang, 2 kali pusing Giant, tak jumpapun kedai kek King. hehe, ampun yah..Alhamdulillah keyakinan kali kedua, di deret yang sama ada kedai kek Bakers Cottage, ternyata ada, kalau tak, mesti Ayah lagi bengang.
Seronoklah mak tu ? Mestila....mana ada orang yang tak seronok bila anak - anaknya mengingati tanda menyayanginya..Tapi, kalau tak ingat, tak semestinya tak sayang, kan..Selamat Hari Lahir Mak. Tak lama lagi nak timang cicit pulak..

* Kak La, jangan sedih tak dapat rasa kek mak ni, nanti sambut lagi kat PD hujung minggu ni pulak, ye..

4 comments:

insan kerdil berkata...

ada yang menyemai benih.....menjaga dengan penuh kasih sayang...namun pabila Pemilik telah pun memutuskan...tidak sempat untuk menyaksi anak benih itu membesar...

kasih nya ibu...membawa ke syurga...

semoga sentiasa dibawah perlindungan serta rahmat-Nya...dalam menuju redha Ilahi...aminn

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahua'alam...

nuyin2u berkata...

terima kasih insan kerdil

Azma berkata...

mesti mak happy sbb anak2 sentiasa ingat kat dia.. dpt bunga lagi tu.. :)

Kem salam hepi besday kat mak ye..

umeboshi berkata...

wah..wah..syok mak dpt bunga..dpt kek..menyelerakan sungguh kek tu. happy bday buat mak ju!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails