Khamis, 10 Februari 2011

Muffin Pertama Buatan Asna

Hujung minggu yang hujan sepanjang hari seMalaysia hari tu, inilah projek kami anak beranak. Buat muffin coklat. Resepinya senang sangat, guna 1 biji telur je dan ada lagi lain - lain, tepung dsb. Resepi ambil kat myresepi, tapi ni nak salin kat sini, dah tak jumpa pulak.

Projek pertama dengan Asna. Dia yang tolong  kacau, masukkan tepung, tuang dalam cup, sikit - sikitla, bagi dia rasa seronok. Dan yang mengingatkan zaman kanak - kanak umi, bila dia colek adunan yang belum bakar tu dari mangkuk. Umi kata, "Ish, buat apa makan yang tu, belum masak lagi." Asna jawab, "Yang ni sedaplah umi."..haha sebijik macam umi masa kecil, tulah kesukaan umi bila nenek buat kek buah.. Ingat tak jadi, sebab Asna main - main dan umi tak ikut cakap chef pali, main buhhh je..tapi Alhamdulillah, bolehlah. Keluar oven terus makan anak beranak jam 11.00 malam, habis 5 biji. Sedap makan, panas - panas.

Masa projek ni, Aisyah geram je tengok dari jauh tak dapat join, hehe..tapi bila makan, diala paling banyak.

1 comments:

insan kerdil berkata...

pada tiap ruang dan peluang bersama...tiada kata hanya lah harapan...

semoga masih diberikan ruang dan peluang bersama mengapai impian....buat yang tersayang...daripada yang menyayangi.....dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails