Selasa, 8 Mac 2011

February yang lalu ..

5 Feb
Kenduri kahwin Fahmi, sepupu ayah. Masa umi pas Aisyah pada Ayah, Ayah tergeliat bahagian belakang pinggang.

6 Feb
Pinggang Ayah masih rasa sakit. Dari Gombak ke Senawang, singgah Puchong untuk rai birthday mak, 7 Feb.

7 Feb
Birthday mak. Ayah pergi kerja separuh hari. Tengah hari, demam dan sakit belakang yang belum baik.

9 Feb
Umi dan Ayah, EL. Kami bertolak ke Mahkamah Ayer Keroh, urusan angkat sumpah dengan seseorang. Ayah dah tak larat nak memandu, jadi umi yang pandu. Jam 12, sampai. Menunggu dan menunggu dengan ayah yang berjalan setapak - setapak. Penantian satu penyeksaan. Jam 4, yang ditunggu muncul. Tanpa banyak bicara, terus ke kaunter."Mana Aisyah?". "Akak tak bawa dia, sebab abang tak berapa sihat". Urusan selesai. "Terima kasih ye", Umi terus memandu pulang, mengejar sebelum jam 5 petang agar dapat hantar urusan seterusnya ke JPN Senawang.Dalam perjalanan, terngiang - ngiang pertanyaannya tentang Aisyah. Cuma boleh cakap dalam hati, "maaf dik, bukan niat akak untuk tidak menemukan, ampunkanku ya Allah". Tepat jam 5, sempat sampai, Alhamdulillah.Malam, ayah dah tak tahan sakit, pergi urut dengan makcik bidan yang kami biasa.

10 Feb
Malam, ayah ke Klinik berdekatan, tak tahan sakit yang tak hilang. Doktor marah, kenapa urut. Doktor bagi ubat sapu, kurang bengkak dan MC.

11 Feb
Lepas maghrib, ayah hantar umi dan anak - anak ke PD, Family Day saudara mara belah umi. Ayah boleh drive', tapi perlahan. Ayah pulang sendiri, sebab besok pagi nak dialisis.

12 Feb
8.30 pagi, sedang umi dan anak - anak turun untu aktiviti, ayah call. Ingat ayah call nak maklum dah sampai tempat dialisis, rupanya ayah kat rumah lagi, tak boleh bangun. Umi panik, bila ayah kata, dia rasa kebas - kebas kaki,terimbau kes ayah collaspe dulu. Terus hantar anak - anak pada mizah, minta thaqif hantar umi balik. Dalam perjalanan umi call ambulans. Sampai dirumah serentak dengan ambulans, ambulans yang tak friendly, dia ingat ayah sakit main - main agaknya. Sampai hospital, x-ray, doktor kata otot cedera, tak de apa, rehat je, boleh balik. Allah je yang tahu seksanya ayah nak bangun dan berjalan masa tu. Tunggu Man ambil dari hospital, pergi tempat dialisis. Ayah minta umi tunggu dia sampai habis. Umi layan Dil To Pagal Hei masa tunggu ayah. 6.00 petang baru sampai semula ke rumah. Lepas maghrib, mak datang dari PD hantar budak - budak.

13 Feb
Rombongan Family Day datang rumah lawat ayah yang sakit sambil mesyuarat. Terima kasih semua. Datangmu membawa rahmah, pergimu membawa dosa - dosa kami..amin.

14 Feb
Ayah MC. Umi tak sampai hati nak kerja, tapi kena pergi juga memandangkan minggu lepas dah EL dan nanti2, umi banyak ambil separuh hari untuk Aisyah. Umi tawakkal saja pada Allah, agar ayah tak apa - apa. Petang, mak gombak sampai, tengok ayah. Malu nak sambut ulangtahun perkahwinan ke 8, hari ini.Umi dan ayah bukannya sambut beriapun hari yang digelar hari kasih sayang ni, cuma 8 tahun lepas kebetulan tarikh ini, jatuh hari jumaat, ambil berkat jumaat untuk tarikh nikah kami. Kini, tarikh itu haram untuk sambutan. Dah dengar ceramah banyak dah kan. Jadi umi tak nak sambut anniversary ke 8 hari ni lah, umi nak ambil tarikh hijrah. Jadi, selamat tinggal 14 Feb.

15 Feb
Hari Maulidur Rasul. Nenek jaga budak - budak. Asna demam panas. Ayah dialisis. Umi perlu hadir perarakan maulidurasul. Terima dengan redha, dapat pahala berselawat. Tak mahu jadikan anak -anak sebagai alasan untuk tidak hadir. Terima Kasih nenek, jagakan Aisyah dan Asna.

17 Feb
Temuduga di JPN. Umi, ayah dan aisyah perlu hadir. Ayah tinggalkan tongkat untuk kurangkan pertanyaan - pertanyaan nanti.Alhamdulillah temuduga selesai, Kini Aisyah milik kami selamanya. Bantuan JPA untuk Aisyah, dah boleh umi teruskan.

6 comments:

ieda berkata...

alhamdulillah dah selesai urusan untuk aisyah...
utk ayah aisyah...elakkan angkat benda2 berat.anak pun tak boleh angkat juga.tunggu sampai betul2 sembuh.

Kerikil Kehidupan berkata...

Alhamdulillah...Cerewet juga yer pengambilan anak angkat ni...
Buat ayah aisyah...moga cepat sembuh

insan kerdil berkata...

suatu permulaaan...untuk suatu kehidupan....diteruskan....untuk suatu harapan....kerana bersama nya jua terbina impian.....terlakar suka duka kehidupan....atas nama suatu perjuangan....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

nuyin2u berkata...

kak ieda - selalunya betul2 sembuh tu bape lama

nanie - semoga pengalaman ini boleh jadi panduan utk orang - orang lain.


insan kerdil - terima kasih..

umeboshi berkata...

ju...alhamdulillah dah settle lah eh urusan Aisyah. moga Ju sekeluarga diberikan kemudahan dlm membela, menjaga, mendidik Aisyah dan anak2 lain.. take care Ju dan Fadli..

nuyin2u berkata...

alhamdulillah cik ume..take care juga utk cik ume..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails