Isnin, 28 Mac 2011

Pencarian Pokok, Demi Petua

Pokok tulang - tulang : 2 orang makcik, bila lihat keadaan Aisyah, beri petua, cari poko tulang - tulang ni. 1 petua mengatakan pokoknya direbus, air rebusannya disapu pada kaki. Manakala 1 lagi petua mengatakan, ambil pokok ini, pukul pada kaki Aisyah. Umi masih belum cubapun kedua-dua petua ni, sebab masih belum jumpa dengan mata sebenar macam mana rupa pokoknya. Umipun tak tahu nak cari kat mana, tanya dah mak - mak kat kampung, tapi semua tak tahu.
Dr Google - Pokok tulang - tulang

Daun Kemangi
Daun Kemangi : Disatu hari, Januari lalu, masa Umi bawa ecah, asna dan sepupunya bermain di taman kanak - kanak di Puchong, sorang kakak indon tegur Aisyah, melihatkan umi mentatehkan ecah dirumput. "Tidak boleh jalan ya. Itu, kamu tahu daun kemangi ? daunnya tu kamu rebus, subuh - subuh kamu sapukan, selawat kat kaki anak ni..Insyaallah..kami orang indon selalu buat begini. Rumah kamu mana ? nanti saya hantarkan. ada dijual di pasar tani batu 14 tu.." Datang kawannya tanya, "Daun kemangi ? ada kat sana .." Pergilah 2 kakak indon tu petik daun kemangi kat belakang mana, tak pula umi nampak. Dia beri secekak daun, tapi katanya "ini kemangi cina'., tuan rumahnya tiada". "Terima kasihl banyak - banyak ye", ujar umi. Itulah sekali nenek rebus dan umi sapu pada kaki Aisyah.

Umi bertanya dan bertanya, tapi hingga kini masih belum ketemu. Pasar tani Puchong tu pun belum umi siasat..

4 comments:

Bicara hati ibu aisya berkata...

Salam...
Kak, cubalah petua2 yang diberikan tuh.Mana tahu ianya serasi ngan aisyah.Insyaallah..atas izin dariNya.
Saya dulu macam2 petua dan stimulasi saya try buat aisya.Alhamdulillah.Xsalah kan kita mencuba?Usaha dan terus usaha ye kak.Xsalah saya daun kemangi tuh ada kat umah mak saya.Kalau akak nak, boleh saya poskan.Biasanya banyak dijual juga kat pasar2 tani.

CiK Jue aka ibu FarisYah berkata...

baiknye makcik tue....cubalah dulu mana tahu menjadi...

nuyin2u berkata...

Ayu..ada kat pasar tani ye? nnt akk cari dulu..klu dh xd nnt akk contact ayu semula ye..thanks..

cik jue..nak cubala ni, tp x jumpa lg pokok2nya..

ieda berkata...

pokok tulang2 tu rasa macam pernah jumpa tp tak ingat kat mana..pokok hiasan tu.cuba bawa gambar & tanya kat nursery bunga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails