Jumaat, 15 April 2011

Apa Hebat Anak Saya ?

Setiap hari Rabu petang, jam 5.15 hingga 6.00 petang, umi pasti dengar radio IKIM, segmen bersama Pakar Motivasi Dr. Tengku Asmadi.

Rabu lepas, Dr. telah mencadangkan supaya kita ibu bapa cuba mengubah soalan dan persepsi kita dan cikgu anak - anak kita. Selalu, katanya, apabila ada sesi perjumpaan ibubapa dan guru, kita ibu bapa pasti akan bertanya, 'apa masalah anak saya, cikgu?'. Cikgupun, dah tersenarai dalam fikirannya..'anak puan , lemah ini..kurang ini..tak boleh itu..' semuanya yang negatif. Jadi Dr. Tengku Asmadi menyarankan supaya kita, ibu bapa, tukar soalan kepada 'Apa hebatnya anak saya, Cikgu ?'. Untuk kali pertama, cikgu akan diam seketika kerana dah tertanam dalam fikirannya mengenai 'kekurangan' sehingga lupa akan 'kelebihan'. Soalan itu akan ubah minda cikgu, supaya mencari yang positif tentang anak - anak muridnya. Maka akan jadi positiflah anak - anak kita..Jadi, mari kita sama - sama berkongsi untuk cari ' Apa hebatnya anak kita' supaya mereka benar - benar jadi manusia hebat..Insya Allah..'

Hebatnya anak umi..lihat video Asna di blog taskanya..baru kenal bunyi..

Rindu zaman - zaman baby mereka..
Hebatnya Aisyah menguji tidur malam umi untuk seminggu ini yang kerap kali menangis tengah tidur sampai umipun tak tahu kenapa Aisyah ni..mengigau ? sakit ?..hmm

Jumpa semula gambar Aisyah masa 2 bulan, comelkan..

5 comments:

~ yus ~ berkata...

comel..:)

ibunurin berkata...

betul la...lepas ni kena tanya apa kelebihan anak kita. Mesti ada punya kan...Ni asyik tanya yang negatif je...

p/s: so comel la nurin-nurin tu...

Kerikil Kehidupan berkata...

satu info berguna buat cikgu macam saya, thanks ju....

Comelnya Asna dan Aisyah tu...geramm....

Azma berkata...

betul kan..kita asyik cari yg negatif dgn anggapn yg negatif tu perlu diperbetulkan. Padahal yg positif tu dalam masa yg sama harus disuburkan juga..

nuyin2u berkata...

terima kasih semua..sharing is caring..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails