Rabu, 25 Mei 2011

Aisyah Sakit Mata

Hari ni Aisyah sakit mata, tapi sebelah je. Akankah berjangkit ke sebelah lagi ? harapnya tidak. 2 minggu sudah selepas umi balik dari Seminar , Asna yang sakit mata. Dah lama, baru menjangkit kat Aisyah pulak.

2 puteri sedang tidur, bolehlah umi layan blog jap. Dah 3 malam Aisyah tidur malam tak lena. Mulutnya asyik merengek tapi mata pejam. Malam pertama umi marah - marah, geram. Dengan tepi bibir yang ada ulser, buat Aisyah tak mau isap botol. Kenalah umi sudukan minumnya. Tengah - tengah malampun kena sudukan. hai tu yang angin umi dibuatnya. Malam tadipun begitu juga, Umi rasa badannya panas. Matanya pejam. Mulutnya tak henti merengek. Sudahnya jam 3, umi masukkan ubat demam peluru dan turun bawah masukkan Aisyah dalam buai. Baru lena Aisyah dan Umi. Jam 6, ayah kejut umi, ayah dah siap nak pergi kerja. Umi baring semula, sudahnya lewat subuh Umi. Aisyah masih lena. Umi buka kelopak matanya, masih merah. Apa lagi, Umi sambung tidur lagi dengan Aisyah.

Jam 2.30 petang hari ini, Aisyah patut hadir temujanji fisioterapi tapi nampaknya kenalah umi tangguhkan.

Ecah, sembuhlah.Ecah, jalanlah. Ecah, bersuaralah. Ecah,Ecah..Ecah.. ada ketika umi rasa bosan tahap gaban dengan sakit...sakit...sakit..sakit...sakit...sakit...Tapi banding semula dengan nikmat syurga. Banding lagi dengan diri ini yang mengaku islam, lahir islam, tapi belum pernah mengislamkan orang lain. Sungguh kecil, sungguh jauh...Fikir...fikir dan fikir...tu pasallah rambut umi dah beruban agaknya...

3 comments:

insan kerdil berkata...

perjalanan kehidupan.....seringkali yang tidak 'terduga' itu hadir....tatkala yang tinggal hanya lah 'sisa2' kekuatan....

dalam 'menahan' diri...'mencari' suatu yang dinamakan 'ketenangan'....namun yang hanya 'kelihatan' adalah suasana yang 'kelam'....yang tambah 'menekan' rasa yang belum juga mahu hilang....

pada tiap harapan...akan ada nya pengorbanan....pada tiap perjuangan akan ada nya kesulitan....biar apa pun 'badai' yang datang melanda....terbina nya kekuatan atas dasar kasih sayang yang tidak bertepi...kerana berdiri nya ia atas suatu prinsip percaya dan yakin....

Dia tidak akan sesekali menzalimi...Dia juga tidak akan sesekali memungkiri janji....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Bicara hati ibu aisya berkata...

Salam kak..
Membaca entry ni mengingatkan saya pada diri sendiri.Apatah lagi nama anak kita serupa ;) Berharap dan terus berharap walaupun ada ketikanya penat dan jemu menghadap perkara yang berulang.Itulah saya.Tapi apapun hidup perlu diteruskan, terapi perlu terus berjalan, ujian tetap akan mendatang, usaha pemulihan perlu berterusan.Semoga akak terus kuat dan tabah dalam mendepani setiap ujian dariNYA.Semoga ecah diberikan kesihatan yang baik selalu.

Ecah, cepat sihat ye nak.

nuyin2u berkata...

terima kasih insan kerdil dan ayu kerana setia membaca blog ni yg dah lama tak berupdate

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails