Rabu, 8 Jun 2011

Mengutip Kerajinan

Sebelum umi nak mula mengerjakan rumah hari ni, bagi umi lepas gian menulis blog sebentar. hehe padahal dari tadi surfing, tshirt muslimah umi lah, untuk kanak - kanak lah, tudung kanak - kanak lah. Dah nak klik order, ayah tipon, tanya buat apa tu..aleh - aleh ayah kata tak payahlah, nantilah kita jalan, cari beli nampak depan mata , puas hati. hmmmm hancur hatikuuu...hehehe..

Hari ni hari kedua umi MC sakit mata. Nampaknya pendinding umi masa aisyah dan asna kena sakit mata berjaya juga ditembusi oleh bakteria mata ini, maka dapatlah arahan doktor supaya bercuti. Doktor suruh duduk rumah tapi umi teruskan misi yang dah dirancang dengan ayah untuk daftar haji. Tapi, pasal masuk duit guna cek, belumlah boleh daftar, kenala tunggu cek bersih dulu. Hmm, takpelah sekurang - kurangnya ayah dah buka buku akaun. Hai...entah tahun bilalah turn umi dan ayah tu..takpe, usaha..usaha..usaha..

Lepas misi TH, ayah pergi betulkan kereta yang semalam dah bau hangit. Jam 6 petang baru sudah. Ayah singgah kedai beli air, lepastu enjin tak boleh hidup lagi, panggil lagi mekanik, sampailah jam 9.30 baru baik, itupun ada fius terbakar, hari ni sambung. Aduhai..baru kete kecik, dah umi ngan ayah telan airliur ngulur duit baiki kete..uwaaa nak nangispun ada, tapi itule kete cari makan, hmmm itula pentingnya menyimpan.

Hari ni, umi hantar anak - anak ke sekolah, sebab umi nak kemas rumah. Walaupun cuti takde namanya duduk senang lenang tidur baring. Macam - macam benda nak buat, tak terbuat je. Kita cari kerja, bukan kerja cari kita.. Semalam dapat umi kemas stor. Tadi dah kemas kertas - kertas , bil - bil rumah dan segala mak nenek kertas ler..Ibu rumah ler katakan..kalau ketua rumah tak pandang mende kecik cemeneh tu sume...sebab tu Allah anugerah semua ibu rumah 9 nafsu, sebab dengan 9 nafsu tulah baru teratur rumah..ceh....kan ibu rumah dah padai membebel...hehehe sejak bila ?sejak asna dah pandai menjawab...hahaha lom lagi citer insiden - insiden asna . Tu pun misi umi jugak, tapi nantilah lepas siap kerjakan dapur , kain..argh...guruh dah berbunyi..kerajinan perlu datang sekarang....

2 comments:

Kerikil Kehidupan berkata...

wahhhh jue...bestnyer...muda2 lagi dah blh g haji...akak ni entahlah..baru nak mula menyimpan...

nuyin2u berkata...

sama la..baru nak menyimpan..daftar je dulu..queunya tak tahu thn bila..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails