Isnin, 27 Jun 2011

Vertical Standing Frame Ecah

25hb Jun, jam 2 petang kami 4 beranak pergi ke Taman Midah, Cheras untuk mengambil peralatan ini, Vertical Standing Frame untuk Aisyah yang comel. Alhamdulillah, terima kasih JPN, terima kasih doktor rehab HTJ, terima kasih JPA, terima kasih MPS dan terima kasih Mr. Lee, Lee Prosthetic, pembekal alat ini. (Mr. Lee, walaupun non-muslim, tapi pekerjaannya mulia).
Berbeza dengan yang ada di hospital HTJ. Lebih mudah digunakan.
Abaikan persekitaran, Asnapun teringin juga, dia ingatkan ni mainan agaknya.
(tengok rambut dia, mengerbang macam professor, hehe)

Hari kedua, 4 kali guna, 1 sesi, ecah boleh bertahan 40 minit. Alat ini boleh menampung sehingga ecah 50kg.

Tengok rambut Asna sudah pendek, ayah potong. Harap ecah suka sampai kuat kaki dan pinggangnya.

6 comments:

mama akid berkata...

mcam mane nak dapatkan peralatn ini...beli sendiri berapa kosnya..kalau nak minta bantuan mcm mane caranya...tolong saya...terima kasih

Kerikil Kehidupan berkata...

wahhh...nani bygkan bsr mcm katil...leh tak ju bagi nani gambar penuhnya atau namanya nani nak beli satu lah....nanti nak deal dgn rehab hospital...

nuyin2u berkata...

mama akid - harga dlm sebutharga dr pembekal, RM2800. Untuk minta bantuan, bermula dr suggestion doc rehab. klu kktgn awam, doc akan isikan borang bantuan peralatan, 1 surat rasmi hospital, sharga dr pembekal, kad OKU dan hantar ke agensi. Agensi forward ke JPA, bila lulus, baru agensi proses. klu bukan kktgn awam, doc akan isikan borang bantuan dr hospital sendiri, ikut kelayakan. harap dpr membantu. ;)

nuyin2u berkata...

nani - gambar penuh yg takde org ? ok, nnt ju ambil n emel. klu nak yg ada org, amik gamba ecah ni pun xp..hehehe

mama akid berkata...

terima kasih atas maklumat ini...

Azma berkata...

Alhamdulillah..harap ecah terus selesa menggunakannya.. Nampak ok je tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails