Jumaat, 22 Julai 2011

Blog Tempat Penawar Hati Duka Lara

Agak lama tidak menyusun bahasa disini. Tapi bila masa itu ada, selalunya mood itu sedang sedih. Dalam kepala otak selalu membayangkan ayat - ayat yang hendak ditulis. Tapi bila depan keyboard ini, yang ditekan, lain jadinya..apa - apa sajalah. Mood yang down itu adalah mood kerja. Kadang kita rasa kita dah buat sehabis baik, tapi ada juga, ada juga , ada ada dan ada aje yang  tak kena. heeee geram..geram..geram..Sampai dihujung geram...siapalah saya..mentimun aje.. dihempap, dilenyek durian...penyek juga....

Susah juga mentransformasi fikiran down dan geram ke fikiran tenang dan ceria selain ingat Allah, ingatlah anak - anakku yang comel dan sedang membesar. Bercerita pasal Asna, sekiannya...berceloteh tentang ecah, sekiannya juga...citer pasal Ayahpun berkian - kian juga...

Seminggu je lagi tinggal Syaaban ni, satu puasa sunatpun belum buat. Ramadhan dah nak tiba. Persiapan ramadhan ? Pun agak berhati kuman bila memikirkan nak bertarawih di surau nanti nak bergilir - gilir dengan ayah jaga ecah dirumah, ayah  kata, kalau ayah tak larat, penat nanti macam mana nak jaga ecah..hmm macam ni umi rasa umi nak angkut jelah ecah, asna sama - sama pergi surau. Biar anak - anak umi rasa sama suasana ramadhan tu. Tarawih sorang - sorang kat rumah kurang feel lah...

Baju raya budak - budak, cukuplah dengan yang dah beli kat Sogo masa cuti israk mikraj yang lalu. Rumah, langsir dah ada yang sponser, mekasih..perabot, tak payah..kipas ..ohhh belum cuci, mentol lampu pun ada yang terbakar perlu ganti mungkin, tengoklah sempat ke tak. 

Apa tu kat bibir ecah ? roti hehehe
Umi belum ceritakan Ecah dah tukar sekolah ? ye, umi belum blog lagi pasal tu. Umi tukarkan ecah dari PDK Senawang ke PDK Rahang, dekat sikit dengan office umi, takdelah punch kad umi asyik merah je. Tapi tengah hari 12.30 umi kena keluar awallah jemput dia hantar ke taska. Lagipun dah 2 tahun di PDK Senawang, tukar anginlah pulak. Nak bersekolah swasta macam kawan blog nabilah dan cik embun tu, kat Seremban ni umi belumlah buat kajian mendalam lagi. Informasi dari Internet, ada juga swasta, tapi nisbah murid dengan cikgu, umi lebih gemar yang kat Rahang ni. Guru 6, anak murid 25 orang. Keistimewaan lebih kurang Aisyah, RM30 sebulan, takkan umi nak jangkakan yang sangat terbaik. Dapat ecah diexercisekan hari - hari dah alhamdulillah. Aktiviti yang di  rumah lebih perlu umi fokuskan. Itupun umi tak berapa fokus.

Dalam banyak - banyak temujanji hospital kan, umi suka dengan klinik rehab. Klinik lain, biasa - biasa aja, tapi klinik rehab, ketua jabatannya turun padang, tengok sendiri pesakit. Ohho..ini yang buat umi rasa macam disemak oleh guru besar. Kecutlah jugak perut, bila dia semak, awak buat ini tak, buat itu tak..haaa rasakan umi yang kadang - kadang ada jugak culasnya. Baru timbul idea umi patut buat buku scrap mengandungi gambar - gambar ecah ,aktivitinya dan labelnya sekali. Takkan nak suruh doktortu baca blog umi pulak..kih kih kih.. baru timbul idea, belum buat lagi, baru susun - susun gambar dalam laptop ni je..cepatlah umi.. Jadinya Aisyah perlu makan ubat syrup baclofen 1 ml je setiap malam untuk kurangkan ketat kakinya.

Latihan duduk sendiri inilah yang umi kurang buat, yang doktor tekankan
Pernah umi terfikir malas nak penuhi temujanji - temujanji hospital ni, tapi sebenarnya bila jumpa dengan doktor seperti pakar rehab tu lah sebagai enzim motivasi untuk terus latih dan latih. untuk ecah terus berkembang dan berkembang tak kiralah perkembangannya hanya sebesar zarah. Duit elaun PDK ecah juga umi guna semula  dan tambah untuk minta bantuan sorang cikgu untuk ecah exercise dirumah setiap pagi sabtu. Adalah 2 bulan dah rutin ecah demikian. Itu je yang umi mampu setakat ni ecah. Tapi cikgutu sukala tegur badan ecah, jadinya bila ditegur je demam, ditegur je demam.. cam mana nak cakap kat cikgu ni..

Selalu dengar, anak - anak macam ecah ni ahli syurga, umi kurang rasa.  Tapi rabu lepas dalam radio, bila Dr. Tengku Asmadi ada jawab sorang pemanggil tu. "Puan, puan menjaga seorang AHLI SYURGA, puan kena banyak sabar..." baru terkesan dihati umi, yelah..heiii umi jaga AHLI SYURGA tau, di rumah umi ada AHLI SYURGA ..umi, ayah, asna, kita - kita yang berakal ni belum tentu lagi tempatnya, So what ? jadi..jadi janganlah umi rasa down lagi..

2 comments:

zura_habib berkata...

habib lom ada peluang ke PDK sbb dieorg ckp 4 thn ke atas br nak amik

yangbaik berkata...

lama tak jenguk kat sini...
itu-itulah kita di mana lagi nak lepaskan segala duka lara...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails