Isnin, 18 Julai 2011

PCMC Catat Sejarah Dalam Pemindahan Buah Pinggang

KUALA LUMPUR 16 Julai 2011 - Pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kini mempunyai peluang lebih cerah untuk menerima organ itu daripada individu berlainan kumpulan darah berikutan dua kejayaan yang dicatat baru-baru ini.
Kaedah pembedahan itu, yang dikenali sebagai 'ABO Incompatible Transplant,' dilaksanakan dengan jayanya awal bulan ini oleh sekumpulan pakar perubatan Prince Court Medical Centre (PCMC) terhadap dua pesakit lelaki berusia 32 dan 55 tahun.
Kedua-dua mereka, yang mempunyai darah kumpulan O Positif, menerima buah pinggang daripada isteri masing-masing yang mempunyai kumpulan darah B Positif.
Pencapaian penting itu meletakkan Malaysia sebagai negara kedua di Asia Tenggara yang berjaya melakukan pembedahan rumit berkenaan. – Bernama

Kos RM150,000....

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails