Isnin, 11 Julai 2011

Program PDK

Sabtu lepas, pdk senawang buat sambutan hari oku. Ni ecah ngan kak juan, 19 thn, slow learner. Cikgu ckp, kak juan suka main dgn ecah, jadi tukang lap air liur ecah. Besar-besar kawan ecah kat sini. Terima kasih semua insan- insan istimewa.

Bercampur gaul begini, masih ada orang yang meminggirkan insan seperti ecah. Umur 30 tahun, baru nak buat IC. Geram je umi dengar, tak ternasihat pulak. Sibuk tanya umi dapat elaun berapa, lepas pdk hantar mana, lepas tu ulas, dapat tak seberapa, lagi habis banyak duit dan tenaga. Boleh akak tu fikir camtu. Yelah, yang oku tu adik dia, bukan anak dia. Seperti adiknya itu menyusahkan. Mintalah dijauhkan pemikiran begitu dari asna. Umi tak pernah terlintas begitu dan alhamdulillah umi tak berfikir begitu. Bagi umi tiap anak ada haknya dan ada rezeki yang Allah dah janjikan untuknya. Janganlah kita menafikan hak mereka. Teringat ceramah ustaz rawat hatinya ,oasis- boleh jadi Allah lantik kita sebagai urusetianya (anak oku) mudah- mudahan di akhirat nanti Allah sediakan urusetia untuk kita. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.2

1 comments:

mama akid berkata...

ketepikan apakata mereka..apa yang penting kita buat yang terbaik untuk anak kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails