Khamis, 11 Ogos 2011

nuyin2u Dah Tukar Kepada nurin2u.com

Salam Ramadhan trimester kedua ! Takde angin takde ribut, tiba-tiba je umi terdetik untuk chop alamat baru ni nurin2u.com. Masa mula - mula berjinak dengan dunia blog ni, rasa macam saja nak main - main, jadi letakle nama - nama anak, 'nuyin', ala - ala pelat 'nurin'. Seingatnya tahun ini adalah tahun ketiga, dan tujuan asal dah mula berubah angin. Bloging bukan lagi untuk main - main, pun bukan untuk serius sangat, tapi puas hati ada tempat untuk berkongsi cerita, pendapat, pengetahuan dengan umat manusia yang lain.

Nak kata buat duit, sampingan sangat - sangat, ianya lebih kepada kepuasan diri, menyampaikan perkara - perkara yang positif dan juga nak jadikan diari kesyukuran umi, bak kata prof dr muhaya. Tambahan pula, bertukar ke sesuatu juga bermakna mendapat ilmu dan pengalaman baru. Haaaa.. dah dapat pengalaman mendaftar domain dengan netKL.com. Umi tukar domain je, tapi masih hosting kat blogspot. RM36.20 setahun, untuk suatu ilmu yang baru.


Alhamdulillah, ecah ceria sekarang.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails