Jumaat, 5 Ogos 2011

Umi Yang Suka Tampal Dinding

Salam Ramadhan ! Salam Ramadhan ! Kalau sebelum kahwin, hobi umi suka buat puzzle, lepas dah ada anak, hobi umi bertukar suka tampal dinding pulak. heheh..

Lawa tak ? Sapa yang lawa ? Dinding umi ke Asna yang lawa ? hehe , dua - dua comel. Dah pandai posing anak dara seorang ni. Tengok tangan dia tepi pipi tu, ala la la comel , comel..

Dinding yang sebelah ni, entah bila nak ada hiasan. Kosong je, tunggu cermin besar, tak beli - beli. Ha.. jadi, umi gantikan la dengan pohon ranting kecil ni. Projek di hasilkan oleh umi dan asna. Masa ni ayah dah tidur. Esok pagi ayah tengok, ayah cakap, ehm ehm..dah macam taska dah umah ni..hehehe taska pun taska lah yah.. lepas dua tiga hari lalu lalang, umi  rasa macam tak sesuai pulak pokok ni pendek di sini. Jadi umi pun tukar pulak jadi dia tergantung / terjuntai dari belah atas.Gam dia ok, takde tertanggal cat dinding. Yang baru tu tak sempat pulak nak ambil gambar.

Umi beli di Seremban Centre Point. Korean Wall Paper, Aunty penjual ni minta tolong promosikan kat kawan - kawan. Jadi pada pembaca - pembaca area Seremban, yang ada hobi macam umi ni, bolehlah cari di Centre Point, Ground Floor, tepi kopitiam. Range harga dari RM26 ke RM55 . Cantik - cantik juga macam yang ada banyak di jualan online.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails