Khamis, 29 September 2011

Lagi - lagi, Anak.

Mana tak lagi - lagi anak, inilah cinta hati umi, yang umi tunggu - tunggu selama 4 tahun. Penuh hikmah Allah menguji 4 tahun itu. Alhamdulillah selepas 4 tahun itu, bila umi dikurniakan 2 nurin ini, Umi rasakan perbezaannya. Umi jadi lebih menghargai, lebih penyabar dengan karenah kanak - kanak. Umi sangat sedihlah bila dengar suara - suara seperti "ah, kamu ni menyusahkanlah, memalukan.." di cakap pada anak - anak. Tolonglah wahai suara - suara itu, tidakkah terfikir dibenak kalian, apa yang anak itu rasakan dengan perkataan demikian. Andai bila kita tua, perkataan itu dilontarkan semula pada kita, tidakkah kita kan berkecil hati. Merekalah harta kita dunia akhirat. Merekalah yang akan mendoakan kita bila kita dah  mati. Jadi adilkah untuk kita menyatakan mereka ini menyusahkan. Fikir - fikirkan.
Aisyah yang comot, lepas makan coklat dan sibuk nak main gear builder. Dah agak beberapa bulan umi beli mainan ni, tapi sejak pindah pdk rahang, baru nampak aisyah berminat main mainan tersebut.

Lepas habis raya, ayah operasikan rambut Asna. Rimas umi dan ayah tengok rambut dia panjang dan sikit - sikit tergaru - garu. Rambut untuk budak sekolah memang kena pendek, itu ikutan prinsip nenek besar Asna.
Macam terror je Aisyah main game telefon ayah.

Asna, posing mengantuk dan rambut pendeknya.

Alhamdulillah lagi, power spek mata Aisyah dah berkurang. Kalau dulu, 900 (kiri), 900 (kanan), kini dah tinggal 200 (kiri), 300 (kanan). syukur sangat. mungkin berkat semua, rawatan syifa', examo dan jus tok guru dan doa semua. syukur...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails