Khamis, 1 September 2011

Selamat Hari Raya Dari Kami

 
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Merdeka dari kami 4 beranak. Tahun ini kami beraya di Gombak.
 
Tahun ini juga mak mertua saya ada sedikit sedih, tapi dia tak tunjukkan, hehe sebab anak bongsunya pertama kali beraya dengan keluarga suaminya di Baling, Kedah.

Tapi mungkin terubat sedikit kesedihan nenek sebab Asna temankan nenek sembahyang hari raya dengan telekung marshanda yang nenek belikan. Terima kasih nenek.
 
Semasa umi sibuk menolong maklong dan nenek didapur, di hari mantai, ecah bermain gelung sendirian.
Umi nak keluarkan, tak bagi. Jadi tidurlah dia bersama gelung - gelungnya.

Selamat hari raya ye. Maaf zahir batin dari kami buat semua pembaca. Jika ada salah bicara, harap dimaafkan. Minta dihalalkan ilmu pengetahuan sesama blog.


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails