Jumaat, 28 Oktober 2011

Aisyah, Seadanya

Teramatlah lama rasanya tidak menaip sesuatu di blog ini. Tetapi rindu untuk menulis, sentiasa ada, keadaan je yang tak mengizinkan.
Aisyah dengan spek mata barunya, merah menyala . Kini tahap kerabunan aisyah tinggal 200 (L), 300 (R). Masih rabun, tapi agak banyak berkurang. Tapi susahnya budak takde batang hidung ni, bila pakai dalam tempoh yang lama, berbirat, kesian pulak.

Gambar ni, biasa saja dimata semua, tapi umi terharu dengan kesungguhan aisyah memacakkan sikat ini dipoket kereta. Masa ni nak hantar aisyah pergi PDK, umi selitkan kismis disitu untuk beri aisayh makan. Diam - diam aisyah menyelitkan juga sikat yang dipegangnya sebelah kismis umi. Terharu sangat umi masa tu. Anak umi dah pandai tiru apa umi buat.


Dua gambar ni kenapa pula ? Aisyah yang pandai merajuk, bawa diri dalam bilik. Merajuk sebab umi tak ambilkan tudung nak mengaji. Ketawa besar umi dan ayah tengok aisyah bawa diri sambil muka mencebik - cebik nak nangis. Kih kih kih.. Sekarang ni juga dah pandai mengensot masuk bawah meja, bawah kerusi. Semalam umi perhatikan saja dia masuk bawah kerusi makan. Umi panggil dia, tunjukkan sesuatu yang dia suka, dia dah pandai mengundur. oh oh oh..syoknya, walaupun dalam jarak yang sedikit.
Itulah anak umi, ecah seadanya. Umi belajar bersyukur walaupun  perkembangan kecil dari aisyah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails