Sabtu, 29 Oktober 2011

Asna di kidz Art 'N'Fun Zone

 Cuti Deepavali yang lepas, kami bawa anak - anak ke sini, Ikano Power Centre Sebelah Ikea tu. Dah kata dah, kami ni nama je kelahiran kuala lumpur tapi bukan pernah sampai sinipun. Ini lah kali pertama. Terakhir pergi Ikea, tahun 2003. hehehehe..

 Hari ni memang hari Asna. Maklumlah baru baik dari demam virus ruam panas. Mengerikan tengok tangan dan kakinya masa mula - mula kena demam ni. Kesian. Sekarang ni dalam fasa pengelupasan. Mula - mula doktor kata alahan. Lepas 3 hari naik ke badan pula. Bawa jumpa doktor kulit pula, doktor tu guna lampu yang macam cerita CSI  dan diagnos ini bukan campak, bukan alahan, ini demam virus ruam panas. Ish ish ish mencabar sungguh nak membesarkan mereka - mereka ini.
Seronok betul dia nampaknya
 

Mula - mula, takut - takut
 
 Umi perhatikan sahaja dari jauh.
 Anak - anak cina tu sungguh aktif. Takut terhantuk kepala je sesama sendiri.

 Undur semula sebab kawan kat atas tu goyang kuat
 Akhirnya dapat juga duduk kat situ.
 Mendaki yang palin besar
 Lihat tu, Asna berjaya sampai di atas
 dan akhirnya menggelongsor turun
 Kat tengah - tengah terowong ni ada bapa budak sedang bersantai, hehe dulu zaman kami - kami, takde benda ni..hehe. Masuk sini, RM12 hari cuti.

 Asna belum pandai kawal stereng gajah biru ni, kenalah umi interframe. RM5. Fuhh kat Seremban Parade rasanya RM3 je, tapi kat SP tu taknak pulak dia naik.
 Hahaha..sepanjang Asna bermain, 2 jam inilah kerja Aisyah. Lepas makan je terus tidur. Mana taknya, dalam kereta, Asna tidur, Aisyah main. Dah sampai , lepas makan, Aisyah tidur, Asna Main. Pergh...umi dan ayah juga yang tak tidur. Tak dapat Aisyah main. Ecah....ecah..
 Ha, naik kereta sport pula...
Bergambar dengan Chipmunk..  1 insiden masa tunggu ayah solat asar, Asna main dalam rumah istana dengan sorang budak perempuan rambut panjang. Sedang syok main, mak ayah budak pompuan tu datang..blup..tak tertelan air liur umi masa tu, anak eizlan yusuf rupanya, nasib baik asna tak main gaduh - gaduh..heeee.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails