Jumaat, 7 Oktober 2011

Segalanya Ada Dalam Al-Quran

Maklumat ini saya ambil dari Group Facebook - SuPeR MuM's AnGeL . Simpan untuk kegunaan dan mudahkan carian saya dan dikongsi juga buat pembaca lain.
Ayat-ayat Manzil juga ayat2 penawar untuk penyakit dan gangguan sihir dan jin. Ayat Manzil terdiri:
1) Al-Fatihah
2) Al-Baqarah ayat 1-5
3) Al-Baqarah ayat 163
4) Al-Baqarah ayat 255
5) Al-Baqarah ayat 256 & 257
6) Al-Baqarah ayat 284 & 285
7) Al-Imran ayat 18
8) Al-Imran ayat 26 & 27
9) Al-A'raaf ayat 54-56
10) Al-Isra' ayat 110 & 111
11) Al-Mu'minun ayat 115-118
12) As-Shaffat ayat 1-11
13) Ar-Rahman ayat 33-40
14) Al-Hasyr ayat 21-24
15) Al-Jin
16) Al-Kafirun
17) Al-Ikhlas
18) Al-Falaq
19) An-Nas

(Paling mudah pergi ke kedai buku bahagian agama or pasar malam tempat orang jual buku2 agama..Insya-Allah ada. Nama buku 'Manzil Resam Uthmani'. Untuk Aiman saya bacakan ayat2 Manzil ini selepas Maghrib atau Isyak setiap hari. Terimakasih kepada kak Zura dan Rohayu@ Ayu yang memberi ayat ini untuk diamalkan!!) ---- inipun saya salin...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Imam Abul Qasim Qushairi berkata:"Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir menemui maut. Ketika itu aku mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan aku memberitahu mengenai keadaan anakku. baginda berkata:
"Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat Syifa'? Mengapa kamu tidak amalkan ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) disembuhkan?" setelah terjaga aku mula memikirkan mimpi itu. Apabila aku meneliti, aku menemui ayat-ayat itu paad enam tempat:

1. At-Taubah ayat 14
2. Yunus ayat 57
3. An-Nahl ayat 69
4. Al-Isra' ayat 82
5. Asy-Syu'ara ayat 80
6. Fushilat ayat 44

Aku menulis ayat-ayat ini dan melarutkan tulisannya dalam air bersih (minuman) dan memberi anakku minum. Alhamdulilah, anakku serta merta sembuh seperti sedia kala.
(Dari kitab Uswai Rasuuli Akram dari Madarijun Nubuwah)

(Untuk Aiman saya bacakan ayat ini setiap pagi dengan sebekas air, dan mandikan Aiman dengan air ini.) --ini pun saya salin ..
Terima Kasih Kak Afidah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails