Khamis, 24 November 2011

Apa Yang Aisyah Buat ye ?..

Kami bawa Aisyah ke Masjid. Umi dan ayah cas bateri. Selalu dengar ceramah di radio saja, jarang benar dah pergi majlis ilmu. Entah mengapa, hari bola sepak Negeri Sembilan lawan Trengganu hari tu , ayah kata kosong benar jiwanya. Sejak itu tiap - tiap malam minggu yang tak balik kampung, kami anak beranak ke Masjid. Mata yang memandang pada Aisyah, tak usah cakaplah, biarkan saja. Ada juga yang murah hati bersedekah padanya. Bagaimana ? takkan umi nak melarang orang memberi ? takkan umi nak simpan Aisyah dalam rumah saja ? rezeki Aisyah lah. Memang segala pemberian tu umi tak simpan untuk Aisyah besar nanti, tapi memang umi guna untuk masa sekarang ini menampung fisio tiap - tiap sabtu, ubat TF yang agak mahal harganyan. Biarlah umi guna sekarang untuk kebaikannya. Allah saja yang membalas budi baik orang - orang itu.

Jom semua, bawa anak - anak ke rumah Allah. Semoga jiwa mereka mengutamakan Allah dalam segalanya..
Selepas sesi cas bateri, giliran Aisyah dan Asna pula berseronok. Bising betul mulut Aisyah bila dibiarkan saja dalam stroller. Diletakkan di rumah mainan tu, suka benar dia.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails