Selasa, 8 November 2011

Bila Raya Haji




Bila raya haji je, umur Asna genap 4 tahun hijrah. Sambutan  ? tiada.. Umi dan ayah diserang M yang besar untuk sambut menyambut ni.. Birthday Ayah 1.11.2011 yang lalu pun begitu. Umi hanya beli 2 potong kek Secret Recipe untuk makan 4 beranak. Tapi, 3 hari berturut - turut rezeki kami murah dengan kek. Disaat menulis entri ini pun, masih di murahkan rezeki dengan cupcake untuk Aisyah dan Asna.


Raya Haji kali ni, beraya di Puchong. Bercadang untuk pulang ke Gombak pada Isninnya, tetapi anak murid ayah kemalangan, admited di Hospital Serdang, jadi tak pulanglah kami ke Gombak.

Dr. Muhaya cakap dalam slot 5.30 hari raya tempoh hari, "Ya Allah kau panjangkanlah umurku sekiranya aku masih membawa manfaat pada orang lain, dan sekiranya tidak, maka kau ambillah nyawaku"..hmm...untuk renungan bersama...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails