Selasa, 29 November 2011

Dapat Juga Ecah Ke Gedangsa

Rawatan kedua pada 1 Muharram 1433H
Buku Kembara Atiq Wazif, hadiah umi buat ayah sempena hari lahir yang ke 34 tempoh hari berjaya menggerakkan dan menguatkan hati ayah dan umi untuk ikhtiar berubat dengan Kak Raw di Felda Gedangsa ini. Terima Kasih pada buku tersebut.
Rawatan Pertama 19 November 2011
Bukan itu sahaja, berkunjungnya kami ke Felda Gedangsa itu, atas bantuan sahabat maya umi, Noina Ali . Kami berjumpa di hentian sebelah Tanjung Malim jam 12.00 tengah hari. Terima kasih sekali lagi ye Noina.

2 gambar ini, sebenarnya Umi sedang buat urutan muka dan mulut, suruh sebut 'ma ma'....masih belum dapat lagi, haa umi penyekkan muka Aisyah jadi macam ni..Aisyah ok je..hehe

Aisyah memang murah dengan senyuman, lebih - lebih lagi bila kena kipas seperti masa berdiri ni. Sengehlah..kalau dah kena balut kepala nanti tak taulah dia masih sengeh atau menangis..i love u ecah..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails