Selasa, 6 Disember 2011

Ini Baru Betul..Terjah..

Terjah Cameron Highlands. Memang tidak merancang langsung untuk ke sini pada cuti Muharram yang lalu. Dalam perjalanan ke rumah Kak Raw awal pagi ahad tempoh hari, terbaca Billboard tentang tanah tinggi ini. "Ayah, bila gaknya kita nak sampai Cameron ?", tanya umi. Ayah kata, "jomlah"..ha ? biar betul ayah ni..tapi betul juga, dah separuh jalan ni..Maka, lepas selesai Aisyah dibalut kak raw jam 11.00, kamipun meneruskan perjalanan ke Cameron. Rujuk google, tempoh perjalanan dari Behrang ke Cameron makan masa 1 jam setengah. Asna tanya," kita nak pergi mana ni yah ?'..Ayah jawab, "Kita nak pergi beli sayur". Uii jauhnya beli sayur minggu ni..


Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Lepas 4 jam, balut Aisyah dah dibukapun masih tak sampai - sampai lagi..jem yang teramat..huhuhu..nak nagis rasanya.. 1 tempat je dapat kami turun, ladang strawberi. Sepanjang jalan jem..Ringlet jem. Tanah rata jem. Brinchang jem. Aduhai...Pergi dan balik jem..di Brinchang, ayah dan asna saja turun pergi beli sayur. Umi dan Aisyah tinggal dalam kereta. Ayah beli kobis 5 ketul, rm5. Bunga ros 9 kuntum, rm5, sawi, cili bulat tu..banyak juga yang ayah tak beli, tak muat tangan, kobis berat dah katanya..

Perjalanan turun dari Ringlet saja dah jam 8 malam..Sampai rumah jam 2 pagi..Memang pecah rekod kami. Hari ni duduk dalam kereta, 8 pagi sampai 2 pagi..lebih 12 jam..keesokannya..aduh..penat tak terkata..
Bila difikirkan semula, awal tahun 2011 haritu memang ada pasang niat / cadangan bercuti ke Cameron hujung tahun ni. Tapi bila dah masuk tengah tahun, bajet tuk ke sini tak diperuntukkan pun. Tapi, mungkin sebab dah ada niat, maka Allahpun sampaikan walaupun pergi balik hari. Jadi, pasanglah lagi niat yang baik - baik. Moga Allah sampaikan. Niat dan azam, suatu hari nanti Aisyah boleh berdiri tegak dan berjalan tanpa bantuan umi. Amin...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails