Rabu, 7 Disember 2011

Stroller dan Seater Aisyah

Entri kali ini khas untuk menjawab pertanyaan umminajwa. Sebelum ini rasanya ada juga mama habib tanya. Ummi jawab pada komen, kemudian ruangan komen tersebut hilang. Maka, untuk tidak hilang lagi, baik ummi jadikan ia satu entri. Ibu - ibu yang punya anak syurga ni memang sentiasa berkongsi maklumat peralatan begini.
Berkenaan dengan stroller, ini stroller kanak - kanak biasa sahaja. Ummi tak belipun, tapi ehsan daripada abang ummi. Anaknya dah besar, maka diturunkan kepada Aisyah. Beli di mana ? Mungkin uminajwa boleh cari di kompleks beli belah seperti Jusco, Sogo dll. Harga, tidak pula umi pasti. Mungkin dalam 3 ke 4 ratus juga. Tapi doktor dah tak berapa galakkan Aisyah guna sebab ia buat Aisyah terlampau rehat dan bersandar.

Teramat comot, balik sekolah makan coklat sendiri.

Seater yang ini, namanya Feeder seat. Boleh diperolehi di kedai - kedai peralatan kesihatan seperti maycare. Ada 2 saiz. Aisyah punya saiz kecil. Harga di kedai, 2 tahun lepas, lebih kurang RM2300. Tapi kami beli atas orang. Seorang kakak ni telah beli di Maycare melalui bantuan Menteri Besar. Malangnya salah saiz, anaknya sepatutnya mengambil saiz yang lebih besar. Disebabkan tidak boleh pakai, pihak maycare menyarankan saya menghubungi kakak A. Maka kakak A pun juallah seater ni pada saya dengan harga RM1500, 3 kali bayar..itulah ceritanya.


Seater inilah yang umi angkut ke mana saja Aisyah pergi, pdk, taska, dalam kereta, atas kerusi, balik rumah nenek, atas buai, mana sajalah tempat Aisyah nak duduk. Sekarang ni, dah muat - muat je. Harapan umi, tak perlulah nak beli yang lebih besar. Bolehlah hendaknya dia duduk sendiri..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails