Selasa, 6 Disember 2011

Terima Kasih Kak Yong

 Kak Yong belikan mainan ini untuk Aisyah. Terima kasih sangat - sangat. Sebelum ni, ada bertanyakan Supermom Groups tentangnya, umi google ala kadar saja, tak berjumpa. Cuti raya haji yang lalu, jalan - jalan di toysRus IOI, jumpa ! tapi, terkejutnya umi tengok harganya, bukan dalam bajet umi pada waktu itu. Dalam hati, nanti dulu, umi cuba tengok dulu di Singapore Street, Seremban, harap - harapnya adalah dengan harga yang lebih rendah. Aisyah dah mula bosan dengan mainan yang ada. Semua mainan, bila diajukan pada dia, dia menggeleng tanda tak mahu.

Waktu rehat Jumaat yang lepas, sambil mencari apa hadiah untuk graduation day Asna nanti, cari - cari di Singapore Street, tiada di jual, di situ...

Hari Sabtu, balik rumah Puchong, ehh Kak Yong dah belikan..oh terharunya..terima kasihlah yang teramat..pucuk di cita, ulam mendatang..

Seronoklah Aisyah tu, ada mainan baru.. Oh ya..kak yong adalah anak buah umi yang pertama a.k.a sepupu kepada Aisyah dan Asna.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails