Isnin, 17 Disember 2012

Asna Sepanjang 2012


Tahun pertama bertadika di Tadika Era Kreatif dan bertransit di Pusat Jagaan Harian Qaifarah. Masih ingat hingga kehari ini, umi yang menangis sedih memerhatikan dari jauh saat dia beratur tamat sesi tengah hari, dibawa cikgu menaiki kereta ke pusat transit. Sedih melihat anak yang membesar dan sedang melalui saat - saat berdikari.
Hari pertama di tadika

Hari berganti minggu berganti bulan, Alhamdulillah banyak perkara yang Asna belajar disini. Keletahnya buat umi dan ayah sentiasa gembira dan adakala menguji kesabaran.
Sambutan hari lahir paling ramai, 22 orang menggabungkan bulan 10, 11 dan 12.
Sangat seronok Asna bertadika disini, punyai ramai kawan - kawan sebaya antaranya Auni Syazwani, Nadiah, Nuha, Izzah Akilah, Ehsan, Emir, Torreq, Aina, Puteri Qistina Aisyah, Nadirah dan ramai lagi. Walaupun kawan - kawan lain ramai yang bertukar sekolah ke Pra Sekolah mungkin, tahun hadapan, dia tetap nak bersekolah disini. Asna suka sekolah sini, Asna sayang sekolah ini, katanya..

Di hari bakat nya dihujung tahun
Piala pertama dalam hidup Asna
Antara babak Asna yang menarik:-

Situasi Asna ambil  baju dan seluar untuk dipakai, dari bilik ke ruang tamu. Sampai dikerusi,
Asna : "Umi, tolong ambilkan seluar tu, tercicir pulak."
Umi : Ambil seluar dan berikan padanya.
Asna : "Terima Kasih".
Umi : "Ok, Asna tolong umi pulak, ambilkan pampers kakak kat atas."
Asna : "Kejap eh" sambil berlari semula ke bilik dan membawa baju dan seluarnya dan kemudian berlari semula ke ruang tamu sambil membawa baju dan seluarnya tanpa tercicir, kemudian berkata. "Ok, umi, umi dah tak payah tolong dah. dah tak tercicir dah seluar asna ni. Umi pergilah ambil sendiri pampers kakak."
Umi : Terbeliak mata dengan tindakannya.."ooo mainkan umi ye..pergi cepat sambil mengejarnya"
Asna : Seronok suka sambil naik atas..
Umi : bertuah punya budak......

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails