Isnin, 17 Disember 2012

Asna Sepanjang 2012

0 comments

Tahun pertama bertadika di Tadika Era Kreatif dan bertransit di Pusat Jagaan Harian Qaifarah. Masih ingat hingga kehari ini, umi yang menangis sedih memerhatikan dari jauh saat dia beratur tamat sesi tengah hari, dibawa cikgu menaiki kereta ke pusat transit. Sedih melihat anak yang membesar dan sedang melalui saat - saat berdikari.
Hari pertama di tadika

Hari berganti minggu berganti bulan, Alhamdulillah banyak perkara yang Asna belajar disini. Keletahnya buat umi dan ayah sentiasa gembira dan adakala menguji kesabaran.
Sambutan hari lahir paling ramai, 22 orang menggabungkan bulan 10, 11 dan 12.
Sangat seronok Asna bertadika disini, punyai ramai kawan - kawan sebaya antaranya Auni Syazwani, Nadiah, Nuha, Izzah Akilah, Ehsan, Emir, Torreq, Aina, Puteri Qistina Aisyah, Nadirah dan ramai lagi. Walaupun kawan - kawan lain ramai yang bertukar sekolah ke Pra Sekolah mungkin, tahun hadapan, dia tetap nak bersekolah disini. Asna suka sekolah sini, Asna sayang sekolah ini, katanya..

Di hari bakat nya dihujung tahun
Piala pertama dalam hidup Asna
Antara babak Asna yang menarik:-

Situasi Asna ambil  baju dan seluar untuk dipakai, dari bilik ke ruang tamu. Sampai dikerusi,
Asna : "Umi, tolong ambilkan seluar tu, tercicir pulak."
Umi : Ambil seluar dan berikan padanya.
Asna : "Terima Kasih".
Umi : "Ok, Asna tolong umi pulak, ambilkan pampers kakak kat atas."
Asna : "Kejap eh" sambil berlari semula ke bilik dan membawa baju dan seluarnya dan kemudian berlari semula ke ruang tamu sambil membawa baju dan seluarnya tanpa tercicir, kemudian berkata. "Ok, umi, umi dah tak payah tolong dah. dah tak tercicir dah seluar asna ni. Umi pergilah ambil sendiri pampers kakak."
Umi : Terbeliak mata dengan tindakannya.."ooo mainkan umi ye..pergi cepat sambil mengejarnya"
Asna : Seronok suka sambil naik atas..
Umi : bertuah punya budak......

Sabtu, 20 Oktober 2012

Tips Dari Kenalan

0 comments
  1. Tips untuk mempertingkatkan kefahaman (understanding) anak2 istimewa kita...walau anak2 kita masih belum dapat bercakap, sekurang-kurangya dia dapat memahami dan memberi respon pada perbualan atau aktiviti2 yang dilakukan bersama...
    Caranya begini : Bangun sekitar 2-4 pagi, tekan antara 2 kening (atas hidung) dengan jari telunjuk selama mana yg boleh beserta niat...Insya-Allah kefahaman anak kita akan meningkat dengan bagus sekali jika kita mengamalkannya..!!

    Tips daripada Mr Mano..(Kata Mr Mano, buatlah lepas solat malam....dan lakukan hanya di masa2 yg disebut di atas...tidak sesekali pada waktu petang!!)
    **dari : Afidah Ayob
  2.  Doa kanak2 lambat bercakap..
    bacakn Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nisaa' ayat 164 pd madu.
    sapukn madu itu di bwh lidah anak.. InsyaAllah..:-)
    amalkn slalu...
    **dari : Raf Feza Yassin

Isnin, 15 Oktober 2012

Itsy Bitsy Spider

0 comments

Itsy Bitsy spider climbing up the spout
Down came the rain and washed the spider out
Out came the sun and dried up all the rain
Now Itsy Bitsy spider went up the spout again!

----
Lagu yang Aisyah suka

Ahad, 14 Oktober 2012

Sebelum aunty Sham berangkat..

0 comments
Homework untuk aisyah :
hand weight bearing , knee weight bearing, ice theraphy, hand streigthing, knee up and down, leg kick and push,,,,do it every day,,,do it every day. tap the muscle to prevet spastic.. home work yg entah ke berapa kali...gont give up.

I want to see her improve....she such an intelligent girl...you have to do, more and more....

Rabu, 10 Oktober 2012

Bila...

0 comments

Bila dengar anak tipikalku yang berumur 5 thn membaca doa untuk kakaknya 6 thn..."Ya Allah, engkau jadikanlah kakak Aisyah boleh berjalan, boleh bercakap dan kuat pinggangnya sepertiku"...umi sgt2 terharu...

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails